nuffnang

Sunday, March 24, 2013

Pemergian seorang yang bergelar kawan


Assalamualaikum . . . masih terkesan lagi sebak di hati akan pemergian seorang kawan yang selalu ada membantu kawan yang lain dikala kesusahan . . . . pada 24 mac 2013 kira-kira jam 2 pagi dia pergi menghadap Illahi yang lebih menyayanginya . . .

Pada jam 6.49 pagi deringan bunyi telefon berbunyi mengejutkan aku. Kawan baikku Atikah di sarawak memberitahu aku akan pemergian kawan aku yang disebabkan kemalangan jalan raya. Pada awalnya aku menganggap ia adalah gurauan tapi kawan aku Aida telah mengesahkan yang peristiwa itu benar-benar berlaku.

Segera aku menelefon ibu aku untuk memberitahu bahawa bekas kawan sekelas tingkatan aku telah menghadap Illahi . Aku meminta agar abah aku pergi menziarahi rumah kawan aku sebagai ganti aku yang tidak dapat menziarahi kerana lokasi aku berada jauh untuk aku pergi .

Masih terasa sebak di hati apabila teringat bahawa kali terakhir bertemu dan berbual dengannya adalah beberapa hari sebelum tamatnya cuti semester kami tahun ini dimana kami (bekas rakan kelas tingkatan 6) berjumpa di restoran mak siti. Itulah kali terakhir aku berjumpa dan berbual dengannya .

Dia seorang kawan yang sangat baik, selalu membantu kawan lain yang dalam kesusahan selagi dia mampu membantu dan seorang anak yang baik terhadap ibu bapanya . Di wajahnya sering terpancar senyuman dan celotehnya yang selalu begurau senda dengan kawan-kawan lain membuatkan ramai terasa akan pemergiannya .

ya Allah . . aku tahu kau sangat menyayangi kawan aku dan kerana itu kau menjemputnya ke sisi mu ya Allah . . semoga kau cucuri rahmat keatas roh arwah "Muzaime" semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman . . amin . .



Lelaki yang memakai baju merah berkaca mata itu lah kawan aku yang pergi menghadap Illahi . Ini adalah gambar terakhir yang ditangkap bersama dengan aku dan kawan aku ketika kami berkelah di Teluk batik Perak pada tahun 2012 yang lalu . .

salam takziah buat keluarga Muzaime . .

No comments:


Mario's Game