nuffnang

Wednesday, January 16, 2013

Gigi bongsu

Assalamulaikum. . . . .

Sakit sangat!! dua minggu sudah gusi aku terasa sangat sakit sebab gigi geraham bongsu nak keluar. Actually  gigi kat kanan dan kiri dah ada muncul skit je. . . tapi!! sekarang gigi belah kanan aku tak sabar-sabar nak tumbuh keluar terus sampai buat gusi aku bengkak. Sakit proses gigi aku ni nak tumbuh teramat la sakit sebab daging kat gusi mula berlubang untuk bagi space gigi tu tumbuh. Nasib baik la gigi belah kiri tu bersabar tuk tumbuh kalo tak dua belah gusi ak bengkak.


Nampak tak gusi tu berlubang? lebih kurang macam tu la apa yang jadi kat gusi aku . . . 
tapi ni bukan gambar gigi aku sebab gigi aku tak de satu pon bertampal ok!!

Dalam tempoh seminggu aku mula sakit, aku still boleh kunyah makan dan ada lagi la selera (sebab ibu masak sedap) tapi selepas dua minggu aku sakit aku dah hilang selera nak makan. Mana tak hilang kalo dah nak kunyah tu makaihhh . . . sakit kot!! aku nak bukak mulut pon sakit . . .nak cakap pon sakit tapi kalo aku tak gerakkan mulut lagi tersangat sakit bila nak buka mulut.


Aku rasa gigi aku yang jenis vertical impaction

Dah la time aku nak exam final gusi aku mula meragam sakit yang sampai aku nak jawab exam (2 paper) pon terganggu  dan nak study lagi la . . . ='( . Dalam proses aku nak cuba cari solution tuk kurangkan sakit aku pon google la tips yang ada tapi cara yang di syorkan semua menakutkan dan menyakitkan!! berkumur guna air garam la . . .  letak asam keping la kat gusi . . .dan yang paling aku tak suka caranya suh gi klinik cabut gigi tu . . . adoi!! aku ni dah la tak suka pergi klinik (aku tak takut cuma tak suka ok!).

Aku ada la telefon ibu aku (ceh . . .konon nak manja ngadu sakit gusi) alih-alih aku nangis time telefon ibu aku. Nasib baik la roomate aku dah balik kampung (dok sorang kesakitan dalam bilik). Tapi serius kalo sape-sape yang kene macam pe yang aku kene conferm nangis la!

Walau bagaimanapun aku akan cuba bersabar dan bertahan dengan kesakitan yang dialami disebabkan nasihat dari ibu aku . . . . ='(



No comments:


Mario's Game