nuffnang

Tuesday, January 8, 2013

Pasar Malam


Assalamualaikum . . . .

Bertemu kembali dan kini aku berada di kampung halaman aku untuk bercuti selama seminggu sebelum aku menghabiskan 2 kertas peperiksaan akhir semester ke-3 pada 16 dan 17 Januari 2013 aku di UUM. Aku pulang bercuti kerana selepas seminggu nanti aku akan menyertai 1 program anjuran sekretariat yang aku sertai  di LANGKAWI !!!! Whooooooooooooooooho . . . . (~^_^)~

Aku bertolak dari Changloon, Kedah sepatutnya jam 10.30 pm akan tetapi bas yang aku naiki lambat sampai pada jam 11.30 pm. Penat aku tunggu sampai semua kedai sudah tutup kecuali kedai mamak berhampiran. Aku sampai di hentian bas Klang central lebih kurang jam 7 pagi lebih ditunggu abah. Memang agak penat sangat sebab masa dalam bas ak memanggu printer ak untuk dibawa pulang ke rumah. Teheheeee . . . . pada waktu petang tu aku mengajak ayah aku untuk keluar pergi ke pasar malam dan untuk membeli pizza hut yang dipesan oleh adik-adikku . . .  so juadah makan malam aku sekeluarga adalah pizza meat lover yang bersaiz large sekotak  . . . tidak dilupakan apam balik yang abah beli (apam balik paling sedap kat sg besar)


meat lover pizza hut menu makan malam sekeluarga . . . 


Di pasar Malam
semasa aku menunggu abah membeli apam balik aku terlihat seuatu yang agak menarik perhatian aku di gerai sebelah. Kebetulan masa itu aku mengeluarkan kamera untuk mengambil beberapa gambar suasana di pasar malam yang sememangnya ramai orang. So . . . apa lagi aku pon mengambil gambar benda yang menarik perhatian aku berbanding rangka ayam di gerai depan yang menyelerakan itu.


Ni la dia ice-cream perisa chocolate rice berbentuk mickey mouse . . . comel sangat!!


Suasana kat pasar malam ketika itu sangat ramai orang yang datang sehingga nak jalan pon susah kene berasak-asak . . . .  Aku la masa tu sibuk nak ambil gambar  . . .  ye la aku bukan selalu pergi pasar malam kat kawasan pekan aku tinggal hanya masa aku cuti semester je itu pon 1-2 kali je. . . ..


memang ramai yang datang terutama mereka yang baru pulang dari bekerja



akak ni siap bawak baby dia gi pasar malam

 masa aku tunggu abah aku beli apam balik tu aku tengok ramai yang menunggu kat gerai apam balik tu . . abah aku terpaksa tunggu lama jugak la sampai sempat aku beli ice-cream dan makan bersama adik lelaki aku kat gerai sebelah. Abah aku cakap apam balik tu memang sedap sebab inti dalam dia banyak sampai mengalir keluar  dan tepung dia pon lembut je . . .  tu yang sangat sedap!!


tengok ramai sangat yang nak beli apam balik ni  . . . dah sedap sapa tak nak cuba

Walaupon cuti ni tak lama hanya seminggu terubat jugak rindu kat abah ibu, adik-adik dan atok . . . apa-apa hal pon kene study sebab still ada exam lagi . . . Yoshhhhhhhhhhhhh !!! gambatte!!




2 comments:

Hawa Zainal said...

Sungai Besar,...hehhe

Unknown said...

Rindu nak kuar ramai2 mcm mse sekolah gi pasar malam


Mario's Game