nuffnang

Thursday, November 29, 2012

Tutorial Membuat Blog

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua!! o(>_<)o.....

Heeee...kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua macam mana aku belajar buat blog sendiri. Sebenarnya ada kawan-kawan aku yang bertanya kat admin macam mana nak buat, hias dan sebagainya kat blog. Oleh itu aku pon membuat keputusan untuk buat post mengenai tutorial blog supaya kawan-kawan aku boleh belajar bersama (bersemangat).

Lagipun buat blog ni ada keperluannya juga dan sebagai contohnya aku sendiri kena buat blog untuk assignment subjek "Sains Pemikiran & Etika" yang merupakan subjek falsafah kat Universiti yang aku belajar sekarang (UUM). Pensyarah aku memberi assignment untuk membuat ringkasan bab bagi subjek itu.

Sebenarnya buat blog ni bagi aku menyeronokkan dan dapat mengisi masa terluang aku (masa tak nak study) hahaha :D..Sekiranya korang semua ingin membuat blog sendiri bolehlah mencuba cara-cara yang aku tunjukkan ni.

Let's Start It

Step 1 :
korang perlu membuka link http://www.blogger.com . Kemudian korang perlu "sign up" untuk mendaftar akaun korang.



Step 2 :

Seterusnya korang perlu mengisi maklumat yang dikehendaki dan setelah selesai mengisi maklumat klik "langkah seterusnya" 





Step 3 :

Seterusnya anda perlu sahkan profile korang . sila lihat rajah di bawah .









Step 4 :
Seterusnya pula korang perlu klik pada "blog baru" untuk memulakan penulisan dalam blog korang.


Step 5 :

seterusnya adalah langkah yang memerlukan korang untuk memilih Blog Title dan Blog Address (URL) blog. Setelah selesai kilk "create blog!".



Penerangan:

  1. Blog Title merupakan nama yang akan digunakan untuk blog korang nanti.
  2. Blog Address (URL) adalah link yang akan digunakan untuk membuka blog korang.

Step 6 :

Seterusnya korang boleh la nak mula buat post korang !! apa yang korang perlu buat klik pada title korang dan buat catatan baru . . . .




OK!! akhirnya siap la akaun blog korang dan korang bolehlah mula menulis entri pertama untuk korang post. Selepas ini boleh la korang semua menulis apa-apa sahaja yang korang ingin kongsikan di blog korang.

Sampai disini kelas tutorial membuat blog kita dan aku akan post lagi untuk menunjukkan cara-cara bagaimana korang boleh menghias blog korang menjadi sangat cute dan menarik untuk di baca. Sehingga kita berjumpa lagi . . . .



Saturday, November 24, 2012

Rumah kebajikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..........

Hehehehe...bertemu lagi kita...kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai satu aktiviti kemasyarakatan yang aku telah sertai anjuran Universiti admin...

Baru-baru ni aku telah menyertai satu program "Sedetik Lebih, Sejuta Memori". Aku telah melawat Rumah Sejahtera Baitul Hannan (rumah orang tua) yang terletak di Perlis. Aktiviti tersbut berlangsung 1 hari dan aku sebenarnya baru pertama kali melawat rumah orang tua (^_^)

Rumah sejahtera tersebut hanya ada dalam 12 orang penghuni (orang tua) tetapi sekarang hanya tinggal dalam 10 orang. Semasa ketibaan kami (peserta) Makcik disana telah menunggu kami dihadapan pintu pagar. Di rumah sejahtera tersebut kami telah melakukan pelbagai aktiviti seperti :

  1. Bersenam aerobik
  2. Memasak bersama makcik
  3. Melukis mural
  4. Sukanneka 
  5. Sesi bergambar
Aku telah bersembang dengan seorang makcik yang turut tinggal di sana. Namanya ialah Makcik Fatimah atau "mak nyiang". Makcik Fatimah telah menceritakan beberapa kisahnya dan dia juga menyatakan bahawa dia telah tinggal di rumah sejahtera lebih kurang 3 kali bulan ramadhan (3 thn). Walaubagaimana pun, apa yang diceritakan biarlah aku rahsiakan kerana aku tidak mahu mengaibkan sesiapa dan akan aku jadikan iktibar dalam hidupku. 

Ok!! sekarang aku nak tunjuk la beberapa gambar ketika program itu dijalankan. Gambar yang aku tunjukkan ni aku amik dari kawan aku Siti Mariam..Harap-harap dia tak marah kat aku sebab guna gambar tu kat blog ni..hehehe 

Sesi bergambar bersama beberapa orang makcik 


Semasa ketibaan kami di rumah sejahtera


 Sesi melukis mural..aku diugaskan untuk melukis mural tapi disebabkan 
aku tak reti aku hanya mewarna je..hehehe 


 Ni pulak memasak bersama-sama untuk makan tengah hari...
lauk yang disediakan kari ayam, telur dadar, sayur campur dan nasi putih


 ni sewaktu sukaneka..permainan yang dimainkan adalah musang berjanggut (asingkan kacang)


Ha....ni la hasil mural yang dilakar dan diwarnakan...ala-ala kindergarden lak!! hahahaha

Program kemasyarakatan sebegini seharusnya golongan muda masa kini sertai kerana program ini dapat memberi kita peluang untuk membuat amal dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Tidak semestinya hanya pergi ke rumah orang tua tetapi kita juga boleh ke rumah anak-anak yatim, rumah orang kurang upaya dan sebagainya.

Hmm..aku dah merasai pengalaman sebegini..korang pula?? selagi ada masa dan peluang rajin-rajin la membuat amal bakti untuk masyarakat. Sekian ..

Wednesday, November 14, 2012

Komik Malaysia

Aloha!!..

Bertemu kembali kita...hehehe..hari ni aku nak berkongsi dengan aku semua mengenai satu buku komik. Kalau kita sebut pasal komik pasti ramai yang berfikir tentang komik Jepun (paling  popular). Walaubagaimana pun..kali ini aku nak berkongsi mengena komik keluaran Malaysia oleh salah seorang mangaka yang agak terkenal bagi pencinta komik Malaysia iaitu Kaoru. Hurmm...tajuk komik yang aku suka sangat baca sampai buat koleksi ni bertajuk "Maid Maiden".


ni volume pertama yang bertajuk "Maid Maiden Monday"


Maid Maiden mengisahkan Alivia yang ingin mencari lelaki atau putera impiannya yang suatu ketika dahulu pernah menyelamatkannya tetapi,ibu bapanya Alivia tidak dapat menunaikan hajat anaknya yang ingin bersekolah di Adam Gordon High School di mana tempat putera misterinya bersekolah kerana muflis.Walaupunbegitu,Alivia yang secara tidak sengaja terjumpa Bennett Gordon pelajar di sekolah Adam Gordon High School yang merupakan milik keluargannya dimana mahu membantu Alivia tetapi,Bennett mengemukakan syarat yang harus dipatuhi oleh Alivia iaitu dengan menjadi kekasih dan pembantu rumah di rumahnnya.

Kesemua watak maid dalam ni semua comel-comel..watak lelaki juga hensem!!..jalan cerita ni memang seronok. Bila aku baca volume pertama aku rasa nak baca sampai penamat. Tapi komik ni hanya keluar satu tahun sekali je (bersiri). Oleh itu aku kena tunggu setiap tahun untuk beli keluaran volume seterusnya.

Aku sudah kumpul 7 volume iaitu Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday dan Saturday. (ikut hari la pulak) Untuk volume Sunday aku tak beli lagi sebab tak dikeluarkan oleh pelukis lagi..




ni semua volume yang aku dah kumpul

Sebenarnya aku rasa bangga sangat apabila negara Malaysia turut mempunyai pelukis yang sama handal dan setanding dengan pelukis dari negara Jepun.

Oleh demikian, kepada korang semua yang merupakan warganegara Malaysia perlu berbangga dengan produk negara sendiri dan jadikan amalan membaca tu suatu amalan yang sentiasa diterapkan dalam kehidupan. Tidak kira sama ada bahan bacaan itu berunsur pendidikan atau hiburan asalkan ia bukan yang merosakkan tetapi bermanfaat..(komik boleh menghilangkan stress)..

Sekian ...sehingga kita berjumpa lagi ;)

Stamp

Bonjour~


Hai semua...hari ni aku berbahasa Perancis la...hahaha :D anda pasti tahu kan maksud bonjour?? hmmm...."bonjour" tu ucapan hello! kalau tak silap aku la..kikikiki (gelak je memanjang)

Sebenarnya kali ini aku nak kongsi dengan anda semua pasal koleksi stampaku  la...kalau sebelum ni aku kongsi pasal postcard kali ini stamp pulak..o(>_<)O yayyyy...(tak de keje)

Benda ini sebenarnya kesinambungan daripada koleksi postcard aku..disebabkan aku dapat banyak postcard dari luar negara aku pon terus jatuh cinta pada stamp yang ada pada postcard tu..awww...awww~

Huh! penat aku cuba tanggalkan stamp tu..dengan penat lelah akhirnya berjaya!! Semua stamp yang ada pada postcard tu aku tanggalkan dan simpan di dalam buku khas iaitu Stamp : Junior Collection Book. Tapi koleksi stamp aku tak la banyak sangat..aku baru je nak ada hobi sebab sebelum ni aku tak tau nak wat pe untuk mengisi masa lapang..

Hurmmm....tanpa berlengah masa lagi mari aku tunjuk beberapa koleksi stamp aku.


 ha..ni adalah stamp dari negara Malaysia negara admin!!...
bangga rasanya Malaysia ada stamp yang cool!!


 ni pulak aku dapat dari negara Korea..maklum la..sekarang kan musim K-Pop...(-_-")

 stamp ni pulak aku dapat dari Suomi Finland...tak tau la bunga apa ni?? 
bunga kebangsaan negara tu kot??

 yang ni pulak dari.....(tengah ingat semula) owhh..hahaha bru ingat dari Deutschland...kat mana ek??


stamp ni lak aku dapat dari negara sejuk yang paling jauh..kat Antartika!!..
comel lak penguin tu..rasa nak bela pon ada..hahahaha :D


Hmmm...tu la antara beberapa koleksi stamp yang aku nak kongsi..semua orang pasti ada hobi sendiri..termasuk diri aku..yang pasti setiap hobi tu pasti ada manfaat dan dapat mengisi masa lapang..

sekian ...jumpa lagi..

Postcard

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Hai semua.. post ini adalah permulaan untuk diri aku mengenali blog. Hurmm...disebabkan aku baru sahaja terlibat dengan blogger ni jadi admin tidak reti la sangat nak decorate blog...hihihi~ ( segan )

Ok! berbalik kepada tujuan asal...aku sebelum ni pernah join satu laman web berkaitan dengan pertukaran postcard iaitu "postcrossing". Link : http://www.postcrossing.com/ . Apabila kita daftar di laman web tersebut kita akan diberikan beberapa alamat penerima yang dimana kita perlu hantar postcard kepadanya (kebanyakan alamat luar negara).

Sebenarnya cikgu sekolah menengah aku (lupa la nama dia ...) yang memperkenalkan benda ni di dalam kelas. Cikgu tu bawa semua koleksi post card yang dia terima dari luar negara . Apabila aku lihat post card tu aku pon mula berminat nak join. o(>_<)o

Setahun aku menyertai postcrossing, banyak postcard dari luar negara yang aku terima. Paling jauh aku dapat dari Antartika. Ingatkan tak de yang duduk kat sana...hehehehe~ Ada gak aku dapat hand made postcard.

Ok tanpa membuang masa dengan berleter panjang aku nak tunjuk la beberapa koleksi postcard ..(banyak tol bercakap)..hehehe~




ni postcard dari Italy oleh piero



ni postcard handmade yang aku paling suka!! siap ada nama aku lg..cantik sangat..



postcard ni admin dapat dari Finland



ni pulak dari Belarus. Ha..jgn disangka negara ni tak wujud tapi sebenarnya wujud..kalau nak tahu kat mana cuba la cari kat google map atau kat globe...

Hmm...amacam?? berminat nak dapat postcard macam aku..hehehe~ daftar la kat postcrossing..best tau!!..selamat mencuba...

Sekian ...

Kalau ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita bertemu kembali.



Mario's Game