nuffnang

Saturday, November 24, 2012

Rumah kebajikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..........

Hehehehe...bertemu lagi kita...kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai satu aktiviti kemasyarakatan yang aku telah sertai anjuran Universiti admin...

Baru-baru ni aku telah menyertai satu program "Sedetik Lebih, Sejuta Memori". Aku telah melawat Rumah Sejahtera Baitul Hannan (rumah orang tua) yang terletak di Perlis. Aktiviti tersbut berlangsung 1 hari dan aku sebenarnya baru pertama kali melawat rumah orang tua (^_^)

Rumah sejahtera tersebut hanya ada dalam 12 orang penghuni (orang tua) tetapi sekarang hanya tinggal dalam 10 orang. Semasa ketibaan kami (peserta) Makcik disana telah menunggu kami dihadapan pintu pagar. Di rumah sejahtera tersebut kami telah melakukan pelbagai aktiviti seperti :

  1. Bersenam aerobik
  2. Memasak bersama makcik
  3. Melukis mural
  4. Sukanneka 
  5. Sesi bergambar
Aku telah bersembang dengan seorang makcik yang turut tinggal di sana. Namanya ialah Makcik Fatimah atau "mak nyiang". Makcik Fatimah telah menceritakan beberapa kisahnya dan dia juga menyatakan bahawa dia telah tinggal di rumah sejahtera lebih kurang 3 kali bulan ramadhan (3 thn). Walaubagaimana pun, apa yang diceritakan biarlah aku rahsiakan kerana aku tidak mahu mengaibkan sesiapa dan akan aku jadikan iktibar dalam hidupku. 

Ok!! sekarang aku nak tunjuk la beberapa gambar ketika program itu dijalankan. Gambar yang aku tunjukkan ni aku amik dari kawan aku Siti Mariam..Harap-harap dia tak marah kat aku sebab guna gambar tu kat blog ni..hehehe 

Sesi bergambar bersama beberapa orang makcik 


Semasa ketibaan kami di rumah sejahtera


 Sesi melukis mural..aku diugaskan untuk melukis mural tapi disebabkan 
aku tak reti aku hanya mewarna je..hehehe 


 Ni pulak memasak bersama-sama untuk makan tengah hari...
lauk yang disediakan kari ayam, telur dadar, sayur campur dan nasi putih


 ni sewaktu sukaneka..permainan yang dimainkan adalah musang berjanggut (asingkan kacang)


Ha....ni la hasil mural yang dilakar dan diwarnakan...ala-ala kindergarden lak!! hahahaha

Program kemasyarakatan sebegini seharusnya golongan muda masa kini sertai kerana program ini dapat memberi kita peluang untuk membuat amal dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Tidak semestinya hanya pergi ke rumah orang tua tetapi kita juga boleh ke rumah anak-anak yatim, rumah orang kurang upaya dan sebagainya.

Hmm..aku dah merasai pengalaman sebegini..korang pula?? selagi ada masa dan peluang rajin-rajin la membuat amal bakti untuk masyarakat. Sekian ..

No comments:


Mario's Game