nuffnang

Wednesday, November 14, 2012

Postcard

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Hai semua.. post ini adalah permulaan untuk diri aku mengenali blog. Hurmm...disebabkan aku baru sahaja terlibat dengan blogger ni jadi admin tidak reti la sangat nak decorate blog...hihihi~ ( segan )

Ok! berbalik kepada tujuan asal...aku sebelum ni pernah join satu laman web berkaitan dengan pertukaran postcard iaitu "postcrossing". Link : http://www.postcrossing.com/ . Apabila kita daftar di laman web tersebut kita akan diberikan beberapa alamat penerima yang dimana kita perlu hantar postcard kepadanya (kebanyakan alamat luar negara).

Sebenarnya cikgu sekolah menengah aku (lupa la nama dia ...) yang memperkenalkan benda ni di dalam kelas. Cikgu tu bawa semua koleksi post card yang dia terima dari luar negara . Apabila aku lihat post card tu aku pon mula berminat nak join. o(>_<)o

Setahun aku menyertai postcrossing, banyak postcard dari luar negara yang aku terima. Paling jauh aku dapat dari Antartika. Ingatkan tak de yang duduk kat sana...hehehehe~ Ada gak aku dapat hand made postcard.

Ok tanpa membuang masa dengan berleter panjang aku nak tunjuk la beberapa koleksi postcard ..(banyak tol bercakap)..hehehe~




ni postcard dari Italy oleh piero



ni postcard handmade yang aku paling suka!! siap ada nama aku lg..cantik sangat..



postcard ni admin dapat dari Finland



ni pulak dari Belarus. Ha..jgn disangka negara ni tak wujud tapi sebenarnya wujud..kalau nak tahu kat mana cuba la cari kat google map atau kat globe...

Hmm...amacam?? berminat nak dapat postcard macam aku..hehehe~ daftar la kat postcrossing..best tau!!..selamat mencuba...

Sekian ...

Kalau ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita bertemu kembali.


1 comment:

aneducator said...

Waaaa....comei2, aq pun penah guna post crossing ni jugak..hehe...


Mario's Game