nuffnang

Wednesday, November 14, 2012

Komik Malaysia

Aloha!!..

Bertemu kembali kita...hehehe..hari ni aku nak berkongsi dengan aku semua mengenai satu buku komik. Kalau kita sebut pasal komik pasti ramai yang berfikir tentang komik Jepun (paling  popular). Walaubagaimana pun..kali ini aku nak berkongsi mengena komik keluaran Malaysia oleh salah seorang mangaka yang agak terkenal bagi pencinta komik Malaysia iaitu Kaoru. Hurmm...tajuk komik yang aku suka sangat baca sampai buat koleksi ni bertajuk "Maid Maiden".


ni volume pertama yang bertajuk "Maid Maiden Monday"


Maid Maiden mengisahkan Alivia yang ingin mencari lelaki atau putera impiannya yang suatu ketika dahulu pernah menyelamatkannya tetapi,ibu bapanya Alivia tidak dapat menunaikan hajat anaknya yang ingin bersekolah di Adam Gordon High School di mana tempat putera misterinya bersekolah kerana muflis.Walaupunbegitu,Alivia yang secara tidak sengaja terjumpa Bennett Gordon pelajar di sekolah Adam Gordon High School yang merupakan milik keluargannya dimana mahu membantu Alivia tetapi,Bennett mengemukakan syarat yang harus dipatuhi oleh Alivia iaitu dengan menjadi kekasih dan pembantu rumah di rumahnnya.

Kesemua watak maid dalam ni semua comel-comel..watak lelaki juga hensem!!..jalan cerita ni memang seronok. Bila aku baca volume pertama aku rasa nak baca sampai penamat. Tapi komik ni hanya keluar satu tahun sekali je (bersiri). Oleh itu aku kena tunggu setiap tahun untuk beli keluaran volume seterusnya.

Aku sudah kumpul 7 volume iaitu Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday dan Saturday. (ikut hari la pulak) Untuk volume Sunday aku tak beli lagi sebab tak dikeluarkan oleh pelukis lagi..




ni semua volume yang aku dah kumpul

Sebenarnya aku rasa bangga sangat apabila negara Malaysia turut mempunyai pelukis yang sama handal dan setanding dengan pelukis dari negara Jepun.

Oleh demikian, kepada korang semua yang merupakan warganegara Malaysia perlu berbangga dengan produk negara sendiri dan jadikan amalan membaca tu suatu amalan yang sentiasa diterapkan dalam kehidupan. Tidak kira sama ada bahan bacaan itu berunsur pendidikan atau hiburan asalkan ia bukan yang merosakkan tetapi bermanfaat..(komik boleh menghilangkan stress)..

Sekian ...sehingga kita berjumpa lagi ;)

No comments:


Mario's Game