nuffnang

Sunday, December 16, 2012

Sahabat

Assalamualaikum dan salan sejahtera semua...

Hai bertemu kembali semua..Kali ni aku nak berkongsi dengan anda semua mengenai sahabat-sahabat aku yang sangat disayangi...

Aku ada seorang kawan baik yang aku dah kenal sejak aku dari tingkatan 2. Sejak dari tingkatan 1 admin hanya kawan dengan semua orang tapi untuk mempunyai kawan baik itu belum aku ketemu sehingga lah aku masuk tingkatan 2. Kini persahabatan aku ngan kawan baik aku dah mencecah 7 tahun dan alhamdulillah selama aku berkawan aku sentiasa baik dengan kawan aku tu dan bersyukur kepada Allah swt.


ni gambar aku bersama dengan kawan baik aku atikah

Walaubagaimana pun bagi setiap kelas tingkatan yang aku masuk aku mempunyai ramai kawan yang aku sayang juga..mereka sentiasa ada disisi aku bergembira bersama menjalani kehidupan alam persekolahan yang sangat indah. Antara kawan yang aku sangat mesra adalah sahabat dari tingkatan 5 dan tingkatan 6. Setiap tingkatan tu kawan-kawan aku berbeza namun itu semua bukanlah penghalang kepada sebuah persahabatan yang kukuh dan bermakna bagi aku.


ni kawan-kawan aku tingkatan 5 dan gambar ini semasa
 kami membuat reunion di KFC


ni gamb kawan-kawan aku semasa aku berada tingkatan 6 
dan kami semua sangat suka bergambar dengan pelbagai pose

Kenangan indah yang aku kumpul semasa zaman persekolahan aku adalah sangat bermakna bagi aku. Kami sentiasa gembira dalam melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Aku juga tidak hanya terhad berkawan dengan rakan sekelas tetapi aku juga berkawan dengan kawan kelas yang berlainan dan sehingga kini aku masih lagi berhubung dengan semua kawan-kawan aku.


ni kawan-kawan aku dari kelas tingkatan 6 sains
 iaitu hawa, ruby dan tia


ni kawan-kawan aku yang memang rapat ngan aku dan
selalu share apa-apa je cerita atau masalah iaitu yani dan aida


Semasa aku berada di tingkatan 6 aku ada group aku yang mana kami ni duduk sebaris meja tu 4 orang. Kami ni kalau dalam kelas suka sangat makan kerepek ketika cikgu ajar tapi kami tak lupa jemput cikgu makan sekali sebab cikgu kami tu sporting! (hehehe). Walaubagaimana pun kami berjauhan kerana atas urusan pembelajaran tapi kami sentiasa berhubung. Bagi aku persahabatan ni tak kira jauh mana pun ia akan sentiasa kekal dalam hati kita..


ni la geng aku (geng kerepek) yang bila aku cuti semester je
 admin akan lepak bersama iaitu pai, ayu dan tka

Segala memori persahabatan aku dengan kawan-kawan aku ada dalam bentuk pelbagai gambar yang kami bersama-sama melakukan pelbagai perkara agar aku dapat lihat kembali untuk mengenang semua memori indah itu.


kawan perempuan tingkatan 5 Sains Sukan 


ni kawan-kawan tingkatan 5 Sains Sukan


kawan perempuan tingkatan 6

Untuk mencari sahabat yang baik adalah sukar kerana sahabat itu banyak memberi pengaruh kepada diri kita dan kerana itu kite perlu pandai memilih kawan. Bagi aku kawan-kawan itu adalah sesatu yang berharga dan bukan semua orang mampu memiliki kawan seperti yang kita miliki.

Sekian...Assalamualaikum..


4 comments:

aneducator said...

True friends are like diamonds, precious and rare.
False friends are like leaves,
found everywhere

-love how you express your feeling about your "sahabat"
-go go chaiyok!!

Unknown said...

hmmm...sbb tu ak syg korg kwn2 ak <3 <3

aneducator said...

thank You, love yo muahhhh3x

Unknown said...

syg kau jugak akubudakmaktab.....


Mario's Game