Bertemu kembali kita...hehehe..hari ni aku nak berkongsi dengan aku semua mengenai satu buku komik. Kalau kita sebut pasal komik pasti ramai yang berfikir tentang komik Jepun (paling popular). Walaubagaimana pun..kali ini aku nak berkongsi mengena komik keluaran Malaysia oleh salah seorang mangaka yang agak terkenal bagi pencinta komik Malaysia iaitu Kaoru. Hurmm...tajuk komik yang aku suka sangat baca sampai buat koleksi ni bertajuk "Maid Maiden".
ni volume pertama yang bertajuk "Maid Maiden Monday"
Maid Maiden mengisahkan Alivia yang ingin mencari lelaki
atau putera impiannya yang suatu ketika dahulu pernah menyelamatkannya
tetapi,ibu bapanya Alivia tidak dapat menunaikan hajat anaknya yang ingin
bersekolah di Adam Gordon High School di mana tempat putera misterinya
bersekolah kerana muflis.Walaupunbegitu,Alivia yang secara tidak sengaja
terjumpa Bennett Gordon pelajar di sekolah Adam Gordon High School yang
merupakan milik keluargannya dimana mahu membantu Alivia tetapi,Bennett
mengemukakan syarat yang harus dipatuhi oleh Alivia iaitu dengan menjadi
kekasih dan pembantu rumah di rumahnnya.
Kesemua watak maid dalam ni semua comel-comel..watak lelaki
juga hensem!!..jalan cerita ni memang seronok. Bila aku baca volume pertama
aku rasa nak baca sampai penamat. Tapi komik ni hanya keluar satu tahun
sekali je (bersiri). Oleh itu aku kena tunggu setiap tahun untuk beli keluaran
volume seterusnya.
Aku sudah kumpul 7 volume iaitu Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday dan Saturday. (ikut hari la pulak) Untuk volume Sunday aku tak beli lagi sebab tak dikeluarkan oleh pelukis lagi..
ni semua volume yang aku dah kumpul
Sebenarnya aku rasa bangga sangat apabila negara Malaysia turut mempunyai pelukis yang sama handal dan setanding dengan pelukis dari negara Jepun.
Oleh demikian, kepada korang semua yang merupakan warganegara Malaysia perlu berbangga dengan produk negara sendiri dan jadikan amalan membaca tu suatu amalan yang sentiasa diterapkan dalam kehidupan. Tidak kira sama ada bahan bacaan itu berunsur pendidikan atau hiburan asalkan ia bukan yang merosakkan tetapi bermanfaat..(komik boleh menghilangkan stress)..
Sekian ...sehingga kita berjumpa lagi ;)
No comments:
Post a Comment