Heeee...kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua macam mana aku belajar buat blog sendiri. Sebenarnya ada kawan-kawan aku yang bertanya kat admin macam mana nak buat, hias dan sebagainya kat blog. Oleh itu aku pon membuat keputusan untuk buat post mengenai tutorial blog supaya kawan-kawan aku boleh belajar bersama (bersemangat).
Lagipun buat blog ni ada keperluannya juga dan sebagai contohnya aku sendiri kena buat blog untuk assignment subjek "Sains Pemikiran & Etika" yang merupakan subjek falsafah kat Universiti yang aku belajar sekarang (UUM). Pensyarah aku memberi assignment untuk membuat ringkasan bab bagi subjek itu.
Sebenarnya buat blog ni bagi aku menyeronokkan dan dapat mengisi masa terluang aku (masa tak nak study) hahaha :D..Sekiranya korang semua ingin membuat blog sendiri bolehlah mencuba cara-cara yang aku tunjukkan ni.
Let's Start It
Step 1 :
korang perlu membuka link http://www.blogger.com . Kemudian korang perlu "sign up" untuk mendaftar akaun korang.
Step 2 :
Seterusnya korang perlu mengisi maklumat yang dikehendaki dan setelah selesai mengisi maklumat klik "langkah seterusnya"
Step 3 :
Seterusnya anda perlu sahkan profile korang . sila lihat rajah di bawah .
Step 4 :
Seterusnya pula korang perlu klik pada "blog baru" untuk memulakan penulisan dalam blog korang.
Step 5 :
seterusnya adalah langkah yang memerlukan korang untuk memilih Blog Title dan Blog Address (URL) blog. Setelah selesai kilk "create blog!".
Step 5 :
seterusnya adalah langkah yang memerlukan korang untuk memilih Blog Title dan Blog Address (URL) blog. Setelah selesai kilk "create blog!".
Penerangan:
- Blog Title merupakan nama yang akan digunakan untuk blog korang nanti.
- Blog Address (URL) adalah link yang akan digunakan untuk membuka blog korang.
Step 6 :
Seterusnya korang boleh la nak mula buat post korang !! apa yang korang perlu buat klik pada title korang dan buat catatan baru . . . .
Sampai disini kelas tutorial membuat blog kita dan aku akan post lagi untuk menunjukkan cara-cara bagaimana korang boleh menghias blog korang menjadi sangat cute dan menarik untuk di baca. Sehingga kita berjumpa lagi . . . .